Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat bercuti kepada semua warga SMKKK dan semua pelajar. Gunakan masa cuti pertengahan tahun ini dengan aktiviti bermanfaat untuk kemajuan diri sendiri. Adalah diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama dua minggu
ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti
yang telah diberi oleh guru (Sila rujuk panduan di bawah). Ibubapa dan penjaga
pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak.
Latihan Karangan Rangsangan( Modul BM Mudah)
# Latihan 1 & Latihan 2(Page 26)
Latihan Karangan Berformat ( Modul Tambahan)
# Latihan Karangan 3(Page 4)
- Rujuk rangka karangan kerangka ikan(page sebelah).
Semoga latihan yang diberi membantu pelajar menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Terima kasih.
Selamat maju jaya...
Kalau ada syurga di dunia, itulah keluarga yang bahagia: "Lakukanlah yang terbaik sekarang, kerana sebenarnya waktu sangat cepat berlalu. Jangan sampai kita menyesali saat waktu sudah tak lagi bersama kita"
Saturday, May 28, 2016
Monday, May 9, 2016
Tips Peperiksaan
TIPS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN.
Kertas 1
#Bahagian A.
Karangan rangsangan. Tekankan topik berkaitan kitar semula, perpaduan kaum, amalan menabung dan bersukan.
#Bahagian B.
Karangan umum + Karangan berformat.
Kertas 2
#Tingktan 4, sila baca
Komsas: Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul (Ulangkaji ringkas telah disediakan dalam blog ini).
#Tingkatan 5, sila baca
Rumusan
Komsas: Sejadah Rindu
Tatabahasa mengikut format SPM
Novel : Songket Berbenang Emas.
* Berita baik: Soalan yang telah diuji dalam ujian 1 tidak akan diuji dalam peperiksaan kali ini.
Berusaha dan cubalah buat yang terbaik untuk diri kalian. Semoga tips ini dapat membantu kalian mendapat kejayaan dalam ujian kali ini dan semoga kalian lebih berjaya pada masa akan datang. aminnn(^_^)
Friday, May 6, 2016
Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul
Ringkasan Komsas Tingkatan 4
Cerpen
|
Nilai
|
Sinopsis
|
#Tema / *Persoalan
|
Kaduk, Ayam
dan Raja
(Zurinah Hassan)
|
Keadilan.
Keberanian.
Kegigihan.
Keprihatian.
Tolong-menolong.
|
Cerpen
Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang
berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.
Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan
sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan
kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau
telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani
kepada raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan
berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam
secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di
Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim
menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif
kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat
pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit dan membina sebuah reban ayam
tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi
makanan secara semi automatik.
Konflik mula timbul setelah setahun
Hakim menjadi penternak ayam. Hakim telah menceritakan masalahnya
kepada sahabat karibnya Azam tentang situasi yang dialaminya sepanjang dia
menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya
yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu,
hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan
menunjukkan penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan
puluh lima ribu ringgit. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih
ternakan kontrak dan mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi
oleh Syarikat RAJA. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti
nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.
|
# Kesungguhan
seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan.
*Keberanian
menuntut hak.
*Memahami
selok belok bidang keusahawanan.
*Metaatan
terhadap pemerintah.
*Penindasan
golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah.
|
Cerpen
|
Nilai
|
Sinopsis
|
#Tema / *Persoalan
|
MUNSYI
|
Patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan
agama.
Ketaatan.
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya
melarang dia berhijrah ke bandar.
Kegigihan.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan
untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
Amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu
menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
|
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke
kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum
mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga
kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan
bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam
kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat
permusuhan antara kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar
memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan
disegani. Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki
banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah. Buku-buku
tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu
terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan
pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke
bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga
dua perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah
buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila
tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang
pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa
dan budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak
bertemu Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan
Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel.
Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang
merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama
yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi
tidak kelihatan di mana-mana.
|
# Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai
dalam jiwa sekumpulan warga negara. Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar
memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.
*Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk
membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk
berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang
lain.
*Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk
meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang
berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
|
Cerpen
|
Nilai
|
Sinopsis
|
#Tema / *Persoalan
|
Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul
( Maskiah Haji Masrom )
|
Kegigihan
Pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan
pelanggannnya agar membeli barangan kulitnya.
Keprihatinan.
Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya
untuk dijadikan jaket.
Berjimat cermat.
Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa
pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.
Keikhlasan.
Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis.
|
Mengisahkan Aku
melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke
Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan
serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku
berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan
diperuntukan untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit wang
kecemasan untuk dirinya.Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong
dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku
serta rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak
dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan
diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah
kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit
berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas akan abangnya yang menunggang
motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan
Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan
dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak
berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.
Hajah Normah dan
dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli
oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai
lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut.
Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan
pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka
warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan rakannya
dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar
membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari
pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana
ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh
epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga
yang disebutkan kerana tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket
kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket
pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk
tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan
tindakan Aku dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Perjalanan
melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap
separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah
dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap
remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur
menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani
meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku,
Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak
sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan
harga AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga
menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak
sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak
boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak
dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang
akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.
Akhirnya Aku
berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan
wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang
kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya
hidup yang penuh dengan kemodenan.
|
# Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat
dengan pembelian jaket kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati
dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta dirinya demi mengelakkan
pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.
*Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan esotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang
yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.
*Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan
negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup
berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.
*Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan
atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang
mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta
memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.
*Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji
pelanggannya demi melariskan jualan.
*Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan
cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
|
Drama
|
Nilai
|
Sinopsis
|
#Tema / *Persoalan
|
Berkhidmat
Untuk Negara
|
Amanah
Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat.
Kasih sayang
Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan
kegemarannya.
Bertanggungjawab
Walaupun
sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman.
Cinta akan tanah air.
Apabila Aiman
menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu
bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu
menghargai tanah air kita.
|
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang
pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada
keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggaoab
bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah
memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali
member galakan dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk menyertainya.
Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan
Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat
Negara.
Akhirnya, setelah melayari
sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima
anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad
untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.
|
# Sikap remaja
yang mempunyai tanggapan negeatif tentang PLKN. Aiman
berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.
*Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN
dan memberikan sumbangan kepada negara.
Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syhada berasa seronok apabila mereka
terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpamp[ang di papan kenyataan
sekolah.
*Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak.
Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri
daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang
yang terpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada
anaknya untuk berkhidmat kepada negara.
|
P.
Tradisional
|
Nilai
|
Sinopsis
|
#Tema / *Persoalan
|
Kepimpinan
Melalui Teladan
|
Keberanian
Laksamana
berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.
Tolong-menolong
Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.
Kebijaksanaan
Laksamana
menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura
tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
Pemurah
Laksamana
membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan
orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta itu. |
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan
Patih Gajah Mada(PGM) untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh
bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina.
Justeru, PGM merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka
dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan PGM kerana ingin
membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka. Kehebatan
Kertala Sari menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka
untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan
penggawa agung kepadanya.
Ketika
berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya.
Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya
serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan
kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga
keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun
kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini
kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri
daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri
kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan
masuk ke istana pula.
Dengan
kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya
mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan
mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh
oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong
sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat
anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan
kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun
laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa
beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah
memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari.
Segala hasil curian yang telah
disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah
mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut.
Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan
dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun
laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan
barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir
miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta
tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana
telah sampai ke pengetahuan PGM di Majapahit. PGM tidak putus asa terus
mencari orang yang dapat membalas dendam.
|
#Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka
dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang
membuat hura hara.
*Keberanian
dalam menegakkan keadilan.
*Pemimpin
mestilah seorang yang bijaksana.
*Pemimpin
yang mengambil berat kesusahan rakyat.
*Penggunaan
ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
*Perasaan
dendam membawa akibat buruk.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)