Saturday, May 28, 2016

Kerja Rumah Masa Cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Selamat bercuti kepada semua warga SMKKK dan semua pelajar. Gunakan masa cuti pertengahan tahun ini dengan aktiviti bermanfaat untuk kemajuan diri sendiri. Adalah  diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama dua minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang telah diberi oleh guru (Sila rujuk panduan di bawah). Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak.

Latihan Karangan Rangsangan( Modul BM Mudah)
         # Latihan 1 & Latihan 2(Page 26)
       

Latihan Karangan Berformat ( Modul Tambahan)
        # Latihan Karangan 3(Page 4)
                 - Rujuk rangka karangan kerangka ikan(page sebelah).

Semoga latihan yang diberi membantu pelajar menghadapi peperiksaan yang akan datang. 
Terima kasih.

Selamat maju jaya...

Monday, May 9, 2016

Tips Peperiksaan

TIPS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua insan yang bergelar pelajar. Musim peperiksaan kembali lagi. Seperti yang kita sedia maklum, peperiksaan merupakan cara yang akan menunjukkan tahap kefahaman setiap pelajar terhadap apa yang telah dipelajari. Sebagai persediaan, perlulah pelajar mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan silalah rujuk guru bagi perkara yang kurang difahami. Insyaallah ia akan membantu meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam ujian yang akan dihadapi. Peperiksaan kali ini mengikut format sebenar peperiksaan SPM yang terdiri dari kertas 1 dan kertas 2. Khusus buat pelajar tingkatan 5 SMKKK sedikit tips untuk peperiksaan kali ini:

Kertas 1
#Bahagian A.
  Karangan rangsangan. Tekankan topik berkaitan kitar semula, perpaduan kaum, amalan menabung dan bersukan.

#Bahagian B.
    Karangan umum + Karangan berformat.


Kertas 2
#Tingktan 4, sila baca
  Komsas: Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul (Ulangkaji ringkas telah disediakan dalam blog ini).

#Tingkatan 5, sila baca
  Rumusan
   Komsas: Sejadah Rindu   
   Tatabahasa mengikut format SPM
   Novel : Songket Berbenang Emas.

             * Berita baik: Soalan yang telah diuji dalam ujian 1 tidak akan diuji dalam peperiksaan kali ini. 


Berusaha dan cubalah buat yang terbaik untuk diri kalian. Semoga tips ini dapat membantu kalian mendapat kejayaan dalam ujian kali ini dan semoga  kalian lebih berjaya pada masa akan datang. aminnn(^_^)
 
 

Friday, May 6, 2016

Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul


                                                                  Ringkasan Komsas Tingkatan 4

Cerpen
Nilai
Sinopsis
#Tema / *Persoalan
Kaduk, Ayam dan Raja
(Zurinah Hassan)
Keadilan.

Keberanian.

Kegigihan.

Keprihatian.

Tolong-menolong.
      Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit dan membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. 
         Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam.   Hakim telah menceritakan masalahnya kepada sahabat karibnya Azam tentang situasi yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil  jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak dan mula menyedari bahawa dirinya  telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa. 


# Kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan.

*Keberanian menuntut hak.

*Memahami selok belok bidang keusahawanan.

*Metaatan terhadap pemerintah.

*Penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah.
Cerpen
Nilai
Sinopsis
#Tema / *Persoalan
MUNSYI

Patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.

Ketaatan.
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.

Kegigihan.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

Amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

            Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar.  Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.  Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.  Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum.  Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.  Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah.  Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
            Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan.  Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.  Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’.  Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya.  Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar.  Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri.  Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi.  Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel.  Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.


# Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.

 *Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.

*Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
Cerpen
Nilai
Sinopsis
#Tema / *Persoalan
Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul
( Maskiah Haji Masrom )

Kegigihan
Pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannnya agar membeli barangan kulitnya.

Keprihatinan.
Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.

Berjimat cermat.
Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.

Keikhlasan.
Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis.

              Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukan untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya.Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.
             Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.
              Hajah Normah dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan mengeluarkan kata-kata kesat.
                 Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.
               Akhirnya Aku berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.


# Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.

*Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan esotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.

*Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.

*Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.

*Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.

*Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Drama
Nilai
Sinopsis
#Tema / *Persoalan
Berkhidmat Untuk Negara

Amanah
Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat.

Kasih sayang
Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan kegemarannya.

Bertanggungjawab
Walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman.

Cinta akan tanah air.
Apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita.


              Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggaoab bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya.
             Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali member galakan dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.
            Akhirnya, setelah melayari sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.

# Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negeatif tentang PLKN. Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.

*Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara.
Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpamp[ang di papan kenyataan sekolah.

*Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak.
Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang terpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat kepada negara.
P. Tradisional
Nilai
Sinopsis
#Tema / *Persoalan
Kepimpinan Melalui Teladan

Keberanian
Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.

Tolong-menolong
Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.

Kebijaksanaan
Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.

Pemurah
Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan
orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun harta itu.

              Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada(PGM) untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, PGM merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan PGM kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka. Kehebatan Kertala Sari menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
              Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.
              Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari.
             Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan PGM di Majapahit. PGM tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membalas dendam.
#Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.

*Keberanian dalam menegakkan keadilan.

*Pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.

*Pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.

*Penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.

*Perasaan dendam membawa akibat buruk.