Saturday, March 5, 2016

Bab 25&26 Novel Songket Berbenang Emas

Sinopsis

Bab 25: Inilah Kampungku !
              Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga.Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman,penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim.Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM,akan Kugapai Kecemerlangan
              Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang.Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat peperiksaan,Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya.Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
                                                                                                                           bersambung...

Selamat membaca:)

 

No comments:

Post a Comment