Sinopsis
Bab 23: Sinar KebahagiaanDahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya.Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya.Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya. Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
bersambung...
Selamat membaca:)
No comments:
Post a Comment