Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua insan yang bergelar pelajar. Musim ujian akan bermula tidak lama lagi. Seperti yang kita sedia maklum, ujian merupakan cara yang akan menunjukkan tahap kefahaman setiap pelajar terhadap apa yang telah dipelajari. Sebagai persediaan, perlulah pelajar mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan silalah rujuk guru bagi perkara yang kurang difahami. Insyaallah ia akan membantu meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam ujian yang akan dihadapi. Khusus buat pelajar tingkatan 5 SMKKK sedikit tips untuk ujian kali ini:
#Tingktan 4, sila baca
Komsas: Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul (Sedikit ulangkaji telah disediakan dalam blog ini).
#Tingkatan 5, sila baca
Komsas: Sejadah Rindu
Novel : Songket Berbenang Emas.
Rumusan
Tatabahasa mengikut format SPM
Berusaha dan cubalah buat yang terbaik untuk diri kalian. Semoga tips ini dapat membantu kalian
mendapat kejayaan dalam ujian kali ini dan semoga kalian lebih berjaya berjaya pada masa akan datang. aminnn(^_^)
Kalau ada syurga di dunia, itulah keluarga yang bahagia: "Lakukanlah yang terbaik sekarang, kerana sebenarnya waktu sangat cepat berlalu. Jangan sampai kita menyesali saat waktu sudah tak lagi bersama kita"
Saturday, February 27, 2016
Jawapan Ulangkaji Komsas Tingkatan 4
Contoh Jawapan Ulangkaji Komsas Tingkatan 4
Drama – Berkhidmat untuk Negara
i) Alasan-alasan yang diberikan oleh Aiman untuk menolak
pelawaan makan tengah hari oleh Nek Sinah ialah Aiman belum berasa lapar dan belum mahu makan
lagi dan Aiman menunggu kepulangan
Kak Dapnia dari universiti. Aiman juga akan makan bersama kakaknya. Aiman
akan pergi makan ke dapur sendiri jika dia lapar. [2 markah]
ii) Tindakan seseorang anak muda menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang sopan
apabila bercakap dengan
orang yang lebih tua adalah tidak wajar
kerana orang tua perlu dihormati. Percakapan yang kasar dan kurang sopan
boleh mencetuskan perbalahan dan menjadi tidak harmoni. Amalan tersebut dipandang rendah
oleh masyarakat. [3 markah]
iii) kNilai kemanusiaan yang
terdapat dalam petikan ialah nilai kasih sayang. Contohnya, Nek Sinah memanggil Aiman dengan kata panggilan
”Nak” walaupun kata panggilan itu tidak disenangi oleh Aiman. Manakala nilai kemanusiaan
lain yang terkandung dalam keseluruhan drama ialah nilai tanggungjawab. Contohnya Cikgu
Dahari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan baik apabila turut menyentuh
tentang PLKN dalam membentuk generasi muda yang patriotik. [4
markah]
Prosa Klasik –
i) Maksud penjurit yang terlalu buas ialah perajurit, askar upahan atau pencuri
yang sangat ganas dan jahat. [2
markah]
ii) Reaksi Bendahara
setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka ialah Bendahara mengatakan bahawa bukti yang dibawa
oleh Laksamana merupakan tanda pembunuhan yang sebenar. Menurut Bendahara lagi,
hanya Laksamana yang dapat membunuh penjurit itu dan hulubalang-hulubalang lain
tidak beruapaya menentang penjurit itu apatah lagi membunuhnya. [3 markah]
iii) Tindakan-tindakan
yang akan saya ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari ialah memaafkan dan memberikan nasihat kepada orang tersebut. Orang
tersebut juga akan dijatuhkan hukuman penjara
atau melakukan kerja-kerja sosial. [3 markah]
Sajak – www.sibermerdeka.com.my
i) Maksud rangkap keempat sajak
”www.sibermerdeka.com.my” ialah dalam keadaan berhati-hati, penyajak terpedaya juga oleh tipu
muslihat yang begitu licik dan penyajak bernasib baik kerana cepat sedar akan
tipu muslihat tersebut. [2 markah]
ii) Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah yang akan
timbul pada kemudian hari ialah kita perlu membuat perancangan awal tentang
sesuatu yang akan dilakukan. Kita juga perlu mencari jalan penyelesaian bagi
mengatasi masalah yang bakal dihadapi dan mengenal pasti kemungkinan yang akan
timbul. Kita juga boleh mendapatkan nasihat dari pihak yang berpengalaman. [3 markah]
iii) Dua nilai yang terdapat
dalam sajak di atas ialah nilai berwaspada contohnya, penyajak berazam
untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Nilai bijaksana juga diselitkan
sebagai contoh, penyajak akan berhujah dengan dirinya sebelum membuat
keputusan. Nilai keinsafan juga dapat dikesan apabila penyajak berasa insaf dan
berazam untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya. [4 markah]
Semoga berjaya:)
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL : www.sibermerdeka.com.my
Ulangkaji Komsas Tingkatan 4
SAJAK
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dalam
kebun diriku
aku tanam saujana rancangan untuk memerdekakan warga susahku hidup menentang senja dan malam. Dalam parlimen diriku aku bahas isu onak dan enak untukku merdekakan warga fikirku mengelak hidup dikotak-katikkan. Dalam laut diriku ombak gelora menampar pantai aman untuk menguji amal dan iman. Dalam gergasi diriku terpedaya jua oleh permainan si kancil namun sempat sedar dan beringat lagi. Dalam pentas diriku aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan menghayati skrip demi skrip yang tak diduga klimaksnya. Dalam dewan diriku aku tak cemas lagi oleh kata yang mengekang aku tak lemas lagi oleh kata yang menyerang. Apabila sibermerdeka sampai ke rumah cabaranku aku panggil diriku bermesyuarah menyokong, berkecuali atau menentang aku ambil keputusan waktu itu aku tak kenal batas diri untuk tidak mengulangi kekalahan. Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia aku turun darinya menghadapi hidup nyata peristiwa datang peristiwa pergi bagai siang memanggil malam dan sibermerdeka terus berkaca terus mengalirkan arus ingatan elakkan dirimu menjadi sia-sia hamparkan dirimu di persada Tuhan.
ABDUL GHAFFAR IBRAHIM
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
i.
Apakah
maksud rangkap keempat sajak
”www.sibermerdeka.com.my”? [2 markah]
ii.
Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan
masalah yang akan timbul pada kemudian hari? KBAT [3
markah]
iii. Huraikan dua nilai
yang terdapat dalam sajak di
atas.
[4
markah]
Selamat mencuba:)
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL :PROSA KLASIK
Ulangkaji Komsas Tingkatan 4
PETIKAN PROSA KLASIK
Baca petikan prosa tradisional di
bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang
perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawak kepada raja, sembahnya,
“Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas
itu.”
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja
katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada
raja. Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan
kelakuan ini. Siapakan juga yang sungguh ini?”
Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi
maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris
Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh.
Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh
penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka
segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.
|
i.
Berikan maksud penjurit yang terlalu buas. [2
markah]
ii. Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap
Raja Melaka? Nyatakan reaksi-reaksi tersebut. [3 markah]
Raja Melaka? Nyatakan reaksi-reaksi tersebut. [3 markah]
terhadap orang-orang yang
membuat pengakuan palsu bahawa merekalah
yang telah membunuh Kertala
Sari? KBAT [3 markah]
Selamat mencuba:)
Subscribe to:
Posts (Atom)