Saturday, February 27, 2016

JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL :DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA



Ulangkaji Komsas Tingkatan 4

PETIKAN DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran
                        Aiman, ayam masak asam pedas.
AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. 
               Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum   
               nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan 
              dia.
NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon
                        beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di      
                        universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia 
                        pulang.
AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini 
                sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.
NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.
AIMAN: Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, 
                saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya 
                buat. Saya bukannya budak kecil lagi.

(Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara”
Oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam antologi Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

i.     Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Aiman untuk menolak pelawaan makan tengah hari oleh Nek Sinah?                                                                                                                         [2 markah]

ii.    Pada pendapat anda, wajarkah seseorang anak muda menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua?KBAT                                                                           [3 markah]

     iii.    Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain yang terkandung dalam keseluruhan drama.                                                                                           [4 markah]


 Selamat mencuba:)



No comments:

Post a Comment