Saturday, February 27, 2016

TIPS UJIAN 1.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua insan yang bergelar pelajar. Musim ujian akan bermula tidak lama lagi. Seperti yang kita sedia maklum, ujian merupakan cara yang akan menunjukkan tahap kefahaman setiap pelajar terhadap apa yang telah dipelajari. Sebagai persediaan, perlulah pelajar mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan silalah rujuk guru bagi perkara yang kurang difahami. Insyaallah ia akan membantu meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam ujian yang akan dihadapi. Khusus buat pelajar tingkatan 5 SMKKK sedikit tips untuk ujian  kali ini:

#Tingktan 4, sila baca
  Komsas: Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul (Sedikit ulangkaji telah disediakan dalam blog ini).

#Tingkatan 5, sila baca
  Komsas: Sejadah Rindu
   Novel : Songket Berbenang Emas.
   Rumusan
   Tatabahasa mengikut format SPM

Berusaha dan cubalah buat yang terbaik untuk diri kalian. Semoga tips ini dapat membantu kalian mendapat kejayaan dalam ujian kali ini dan semoga  kalian lebih berjaya berjaya pada masa akan datang. aminnn(^_^)

 

No comments:

Post a Comment