Saturday, May 7, 2011

TINGKATAN 1: LATIHAN BAB PENGANALAN PERNIAGAAN


SOALAN LATIHAN

1. Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai keperluan dan kehendak, kecuali …………….
A. kehendak manusia ada hadnya.
B. pendidikan dan perubatan merupakan keperluan pada masa kini.
C. makanan, pakaian, dan tempat tinggal adalah keperluan asas manusia.
D. keinginan terhadap barang mewah dan barang yang memberikan keselesaan dinamakan kehendak.

2. Manakah yang merupakan kepentingan perniagaan kepada individu, masyarakat dan negara?
I mewujudkan hubungan perdagangan.
II memenuhi keperluan dan kehendak.
III meningkatkan taraf hidup masyarakat.
IV menyediakan peluang kerja kepada masyarakat.
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C.II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

3. Sistem barter adalah perniagaan
A. tukar menukar barang.
B. melibatkan pemborong.
C. membeli barang keperluan sahaja.
D. membekalkan barang kepada kepada pengguna.

4. Antara bidang-bidang yang berikut, manakh yang termasuk dalam perniagaan perkhidmatan?
I agihan.
II kewangan.
III pengeluaran.
IV pengeluaran.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

5. Pernyataan manakah yang benar mengenai penggunaan kad kredit dalam urusniaga?
A. pembelian dilakukan tanpa menggunakan wang tunai.
B. peniaga akan menuntut bayaran daripada pemberi selepas 20 hari.
C. kemudahan ini hanya diberikan kepada pemegang akaun semasa.
D. barang yang dibeli dengan kad kredit dikenakan faedah yang tinggi.

6. Antara aktiviti berikut, yang manakah dilakukan oleh pemborong?
A. Membeli secara pukal dan menjual dalam kuantiti yang kecil.
B. Menjual apabila kurang permintaan dan membeli apabila permintaan meningkat.
C. Menjual apabila hasil pengeluaran tinggi dan menyimpan apabila hasil pengeluaran rendah.
D. Membeli secara kredit dan menjual secara tunai.

7. “Berhad” pada Syarikat Hwa Long Sendirian Berhad bererti
A. aktiviti perniagaan dihadkan.
B. jumlah ahli perniagaan syer dihadkan.
C. jumlah modal perniagaan dihadkan.
D. liabiliti ahli pemegang syer terhad.

8. Tujuan utama koperasi ditubuhkan ialah
A. meningkatkan kuasa membeli ahlinya
B. memberi dan menjaga kepentingan ahlinya
C. memberi pengalaman perniagaan kepada ahlinya
D. mendapatkan keuntungan yang maksimum untuk ahlinya

No comments:

Post a Comment