Friday, May 6, 2011

TINGKATAN 1: ASAS PERNIAGAAN

  1. Maksud Perniagaan
    • Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan
    • Peniaga ialah orang yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan
    • Peniaga bukan usahawan
    • Usahawan mestilah juga seorang peniaga
      • Usahawan ialah seseorang yang mencipta sesuatu produk baru barangan atau perkhidmatan dan dijual untuk mendapatkan keuntungan
      • Usahawan mestilah seorang yang kreatif, inovatif,bijak mengambil peluang dan sanggup menanggung risiko
  2. Konsep dan kepentingan perniagaan
    • Perniagaan muncul kerana kehendak manusia tidak terbatas dan berbeza sedangkan kemampuan setiap individu atau komuniti terhad
    • Manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup
    • Kerperluan asas manusia ialah
      1. makanan
      2. pakaian
      3. tempat tinggal
    • Keperluan lain ialah perubatan, pendidikan dan kewangan
    • Kehendak ialah keinginan manusia untuk hidup lebih selesa dan bermegah-megah
    • Perniagaan menjadi penting kepada manusia kerana
      1. manusia dapat memenuhi keperluan dan kehendak
      2. manusia dapat membaiki taraf hidup dan memeliki hidup yang lebih selesa
      3. terdapat banyak peluang perkerjaan sewaktu berlaku urusniaga
      4. mengeratkan hubingan antara kaum, bangsa dan negara
  3. Jenis Perniagaan
    1. Perniagaan Tempatan
      1. Perniagaan Runcit
        Perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna dalam kuantiti yang sedikit
        • Runcit kecil-kecilan
          1. Penjaja
            • Peniaga yang bergerak dari rumah ke satu rumah atau dari satu tempat ke suatu tempat
            • contoh : Penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur
          2. Pegerai
            • Contoh : Penjual buah-buahan, Penjual kuih-muih
          3. Pekedai runcit
            • Contoh : Mini Market Kamunting,
        • Runcit besar-besaran
          1. Pasar raya
            • Contoh : The Store, Fajar,
          2. Pasar raya besar
            • Contoh : Carrefour, Giant, Tasco
          3. Kedai sejaras
            • Contoh : KFC,Mc Donald
          4. Gedung serbanika
            • Contoh : D-Lima, 7-Eleven
      2. Perniagaan Borong
        Perniagaan borong ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada peruncit dan pengguna dalam kuantiti yang banyak
        • Borong Am
          -Membeli secara borong pelbagai jenis barang runcit
        • Borong Pertanian
          -Membeli secara borong hasil-hasil pertanian
        • Borong Agen
          -Membeli secara borong keluaran syarikat tertentu seperti Nestle
        • Borong Kilang
          -Membeli secara borong barang keluaran kilang seperti perabot, alatan elektrik dan pakaian
    2. Perniagaan Antarabangsa
      1. Import
        Urusniaga yang membeli barangan luar negara dan dijual pula dalam negara
        • Contoh : Malaysia mengimport buah-buahan, bijirin dan daging lembu
      2. Eksport
        Urusniaga yang membeli barangan dalam negara dan dijual pula ke luar negara
        • Contoh : Malaysia mengeksport barangan elektronik, minyak kelapa dan kayu balak
      3. Entreport
        Urusniaga yang menjalankan perniagaan import dan eksport
        • Contoh : Malaysia mengeksport minyak mentah dan mengimport minyak yang telah diproses (ditapis)
  4. Perkembangan Perniagaan
    1. Perniagaan Dahulu
      • Kehdupan berasaskan sara diri dan perniagaan tukar barang
      • Perniagaan tukar barang dikenali sebagai sistem barter
      • Kelemahan sistem barter
        1. Sukar menentukan nilai
        2. Sukar membahagikan barang
        3. Sukar membawa barangan pada satu-satu masa
        4. Sukar menemui kemahauan yang seretak
      • Sistem wang mula diperkenalkan dengan menggunakan barang-barang berikut sebagai wang
        1. Contoh : Anak panah ,Kulit siput, Kulit binatang ,Gading gajah dan garam
      • Fungsi wang adalah
        1. menyimpan nilai
        2. alat pertukaran nilai
      • Sifat-sifat wang mestilah
        1. Diterima umum
        2. tahan lama
        3. Mudah dikenal
        4. Mudah dibawa
        5. Mudah disimpan
        6. Nilai tetap dan stabil
        7. jumlah penawarannya terhad

        Wang Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia (RM)
    2. Perniagaan Masa Kini
      1. Jenis urusniaga masa kini ialah
        • Jual beli tunai
        • Jual beli kredit
        • Sewa beli
        • Prabayar
        • Sistem barter moden
        • Jual beli melalui mesin runcitan
        • Jual beli melalui internet - e dagang
      2. Ciri-ciri perniagaan masa kini ialah
        • Penggunaan sistem wang yang lebih sistematik
        • Perbandingan nilai mata wang dengan mata wang utama dunia
        • Penggunaan cek
        • Penggunaan kad kredit
        • Penggunaan kad prabayar
        • Penggunaan mesin runcitan
        • Penggunaan kod bar


      Penggunaan kod bar yang semakin meluas
    3. Perniagaan Akan Datang
      • Penggunaan kad pintar secara meluas
      • Penggunaan e-dagang dipelbagai sektor dan jenis urusniaga
      • Ciri-ciri perniagaan akan datang
        1. lebih memudahkan pengguna
        2. penggunaan internet lebih meluas
        3. urusniaga tanpa menggunakan wang
  5. Jenis Milikan
    • Jenis perniagaan bermaksud perniagaan yang dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut siapa dan cara perniagaan tersebut dimiliki
    1. Milikan Tunggal
      - Seorang Pemilik
      1. Pemilik - tunggal
      2. Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
      3. Pengurusan - diurus sendiri atau diupah orang lain mengurus
      4. Kuntungan - diperolehi sepenuhnya
      5. liabiliti - tidak terhad
      6. Contoh : Perniagaan Kamunting Enterprise, Kedai Kopi Abd. Rashid
    2. Perkongsian
      - Dua atau lebih dariada seorang pemilik
      1. Pemilik - dua hingga 20 orang pemilik
      2. Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
      3. Pengurusan - diurus oleh orang yang dilantik
      4. Keuntungan - dibahagikan mengikut perjanjian perkongsian
      5. Liabiti - tidak terhad
      6. Contoh : Poliklinik Dr. Azhar dan rakan-rakan
    3. Sendirian Berhad - Sdn. Bhd.
      - Dimiliki oleh sekumpulan orang
      1. Pemilik - dimiliki oleh sekumpulan orang yang memegang saham
      2. Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Syarikat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
      3. Pengurusan - diurus oleh Lembaga pengarah
      4. Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
      5. Liabiti - terhad
      6. Contoh : Syarikat Master Piano snd. bhd.
    4. Syarikat Berhad - Bhd.
      - dimiliki oleh orang awam atau kerajaan melalui pembelian terbitan saham
      1. Pemilik - dimiliki oleh orang awam yang memiliki saham
      2. Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Syarikat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
      3. Pengurusan - diurus oleh lembaga pengarah
      4. Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
      5. Liabiliti - terhad
      6. Contoh : Syarikat Telekom Berhad, Syarikat Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Taiping Sekuriti berhad, Syarikat Genting Berhad
    5. Koperasi
      - Dimiliki secara bersama oleh ahli-ahli yang membayar yuran
      1. Pemilik - dimiliki bersama oleh ahli-ahli yang membayar yuran dan membeli saham
      2. Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Koperasi, Jabatan Pembangunan Koperasi
      3. Pengurusan - diurus oleh lembaga pengarah yang dilantik
      4. Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
      5. Liabiliti - terhad
      6. contoh : Koperasi SMK Bukit Jana Berhad, Koperasi Kakitangan Kerajaan Taiping Berhad
    Milikan Perniagaan secara Islam
    1. Mudharabah
      - perniagaan tunggal
    2. Murabahah
      - perniagaan perkongsian
    3. Musyarakah
      - perniagaan syarikat

      Bank Islam adalah satu contoh perniagaan secara Islam. Antaranya Bank Islam menawarkan perkhidmatan Murabahan kepada pelanggannya.
  6. Faktor mempengaruhi perniagaan
    1. Keadaan ekonomi
      • Pertumbuhan ekonomi berkembang dengan baik dan pesat akan akan memeberikan kemampuan kepada kerajan dan swasta membina prasarana yang baik sesuai dengan iklim pelaburan dan perniagaan. Disokong pula oleh pengguna yang mempunyai kuasa beli akan mendorongkan lagi pelbagai jenis perniagaan akan muncul dan perkembang
    2. Peraturan dan undang-undang
      • Terdapat beberapa negara mengadakan undang-undang yang menyekat perniagaan tertentu. Malaysia contohnya melarang perniagaan menjual mercun dan perkhidmatan pelacuran.
    3. Pesaing
      • Pesaing mungkin akan timbul dalam bentuk barangan dan perkhidmatan yang hampir serupa atau barangan tiruan.

        Pengeluar kereta akan bersaing dipasaran
    4. Pembekal
      • Terdapat beberapa jenis perniagaan yang diimport dikuasai (dimonopoli) oleh hanya satu syarikat sahaja seperti perniagaan menjual kereta import dan perniagaan jualan langsung
    5. Pengusaha
      • Perniagaan akan menjadi semakin berkembang dan maju jika pengusa memiliki modal yang besar dan memiliki ilmu pengetahuan serta kemahiran yang berkiatan.
    6. Pelanggan
      • Semakin ramai pengguna barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan semakin lebar kawasan perniagaan dan semakin besar nilai keuntungan.
      • Permintaan yang tinggi juga akan menggalakan pengusaha-pengusaha lain untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang serupa
    7. Pekerja
      • Pekerja yang mahir dan berpengalaman akan memberikan faedah yang pengusaha
      • Kadar upah yang rendah akan memberikan faedah dan galakan untuk pengusaha dan pelabur untuk menceburi sesuatu jenis perniagaan

        Pekerja juga dianggap aset bagi perniagaan
    8. Teknologi
      • Teknologi komputer dan robot telah banyak menggurangkan bilangan dalam pelbagai sektor pembuatan dan perniagaan
      • Komputer dan internet telah banyak mengendalikan pelbagai urusan bank.

No comments:

Post a Comment