Wednesday, May 4, 2011

TINGKATAN 1: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

ASAS MEREKA BENTUK
  1. Proses Mereka Bentuk
    1. Mengenal pasti Masalah
      • Tiada produk di pasaran
      • Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan
      • Produk sedia ada susah dikendalikan
      • Produk di pasaran besar dan berat
      • Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini
      • Produk sedia ada mahal
      • Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad penggunaannya
    2. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea
      • Data dan maklumat yang diperolehi dengan
        1. menyiasat
        2. membaca
        3. membuat lawatan
        4. melayari internet
        5. temuramah
      • Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea.
      • Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai bahan, butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan
    3. Menilai dan memilih idea yang terbaik
      • Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut
      • Analisa dan pilih satu idea yang terbaik
    4. Pembinaan (perlaksanaan idea)
      • Rancang carta aliran kerja
      • Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan
      • Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan
      • Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh
      • Pilih kemasan yang sesuai
      • Gunakan kemasan sewajarnya dan pastikan ia menarik
    5. Pengubahsuaian
      • Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya
        1. Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi
        2. Keseluruhan produk tidak berfungsi
        3. Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya kepada pengguna
      • Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada
      • Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat
    6. PendokumentasianSatu laporan lengkap secara bertulis
      • Butiran Laporan mestilah mengandungi
        1. Tajuk
        2. Latar belakang
        3. Objektif
        4. Deskripsi projek
        5. Rujukan
        6. Lampiran
  2. Faktor Reka bentuk
    1. Fungsi
      » Berfungsi ­
    2. Rupa bentuk
      » Menarik
    3. Kesesuaian bahan
      » Mudah didapati
    4. Kaedah Pembinaan
      » Tidak merumitkan
      » Tidak membazirkan masa
    5. Ketahanan
      » Tahan ketika digunakan
      » Tahan ketika disimpan
      » Tidak mudah rosak, patah atau pecah
    6. Kos produk
      » berpatutan
    7. Kemasan
      » bersesuaian dengan penggunaan
    8. Faktor Keselamatan
      » mesra pengguna dan mesra alam
      Tidak boleh mencederakan dan membahayakan pengguna
    9. Faktor Kormersial
      » Boleh dipasarkan
      » Mampu manarik pembeli
  3. Pencetusan Idea
    1. Mengenal pasti Masalah
    2. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea
      1. melalui pembacaan
      2. melayari internet
      3. membuat lawatan dan kajian
    3. Menilai dan memilih idea yang terbaik
  4. Melakar
    1. Tujuan Melakarmembantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D atau 2D
    2. Ciri-ciri Lukisan Lararan
      Lukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil
      Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi

      1. maklumat bahan
      2. ukuran panjang dan lebar
      3. ukuran tinggi dan tebal
      4. jenis penyambung yang digunakan
      5. tarikh lakaran
      6. Skala
      7. Dimensi
      8. Nama individu/kumpulan
      9. Nama projek
    3. Jenis lukisan lakaran
      1. Lukisan Oblik
        • Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1 garisan serong bersudut 45º darjah sebagai paksi
      2. Lukisan Isometrik
        • Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30º darjah sebagai paksi
      3. Lukisan perspektif
        • Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau garis ufuk

JENIS BAHAN
  1. Kayu
    1. Jenis Kayu
      1. Kayu Keras
        1. Cengal
        2. Sepetir
        3. Kapur
      1. Kayu Lembut
        1. Kayu Getah
        2. Jelutung
        3. Meranti
    2. Saiz Kayu
      1. Papan Tebal
        »Tebal 38 mm - 100 mm
        » Lebar 150 mm ke atas
        » Panjang 3 m - 6 m
      1. Papan Nipis
        » Tebal 10 mm - 38 mm
        » Lebar 76 mm ke atas
        » Panjang 3 m - 6 m
      1. Kayu Beroti
        Tebal 38 mm - 100 mm
        » Lebar 75 mm - 150 mm
        » Panjang 3 m - 4 m
      1. Kayu Jerjak
        » Tebal 20 mm - 38 mm
        » Lebar 25 mm - 76 mm
        » Panjang 3 m - 6 m
    3. Kecacatan Kayu
      1. Meleding
      1. Berspring
      1. Berpiuh
      1. Berpintal
      1. Berpusar
      1. Merekah
    4. Ciri-ciri kayu
      1. Boleh di dapati dalam pelbagai saiz
      2. Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik
      3. Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam
      4. Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul
      5. Mudah diserang serangga perosak
  2. Papan Lapis

    Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara berselang-seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses kilang
    Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan berdasarkan ketebalan
    1. Saiz :
      » panjang dan lebar = 2 440 mm x 1220 mm
      Tebal = dari 3 mm hingga 32 mm
    2. Jenis :
      » Kalis air
      » Tidak kalis air
    3. Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak
    4. Kelebihan :
      » Mudah dipotong
      » Tidak retak dan meleding
      » Kukuh dan tahan
    5. Keburukan :
      » Mudah lekang apabila terkena air
      » Hanya boleh digunakan di dalam rumah
  3. MDF
    Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan serat kayu lembut dan kayu terbuang. Ia terhasil daripada proses pemampatan dan glu
    1. Kegunaan : digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan perumahan moden
    2. Saiz : 2 440 mm x 1 220 mm
    3. Kelebihan :
      1. Tahan haba
      2. Tidak retak
      3. Tidak mudah bengkok dan meleding
      4. Permukaannya lebar dan rata
  4. Mounting Board
    Ia adalah sejenis kertas keras
    1. Kegunaan
    2. Saiz : Ketebalan 2 mm. Dijual dalam saiz 610 mm x 1 220 mm atau 610 mm x 910 mm
    3. Kelebihannya :
      » Diwarnakan dengan warna-warna yang menarik
      » Mudah dilengkungkan
      » Mudah dipotong dan dibentuk

ALATAN TANGAN
  1. Pembaris Keluli
    1. Kegunaan : Mengukur dan memindahkan jarak
    2. Saiz : 30 cm dan 15 cm
    3. Binaan : Dibuat daripada keluli
  2. Pita Pengukur
    1. Kegunaan : Mengukur jarak
    2. Saiz : 3 M dan 6 M
  3. Sesiku L
    1. Kegunaan :
      1. Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat
      2. Untuk menguji kerataan
      3. Untuk menguji ketepatan
      4. Untuk menguji kepersegian
    2. Saiz : Ditentukan mengikut panjang bilahnya
    3. Binaan : Bilahnya dibuat daripada kelulu. Badan dibuat daripada kayu atau logam.
  4. NT Cutter
    1. Kegunaan : Untuk memotong papan lapis yang dinipis atau mounting board
    2. Saiz :
  5. Gergaji Tangan
    1. Kegunaan : Untuk memotong kayu, papan, papan lapis dan MDF
    2. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi dalam setiap 25mm
  6. Gergaji Puting
    1. Kegunaan : Untuk memotong lurus kayu dan papan bersaiz kecil
    2. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya
  7. Gergaji Lengkung Halus
    1. Kegunaan : Untuk memotong lengkung pada kepingan papan nipis dan papan lapis
    2. Saiz : Ditentukan jarak antara mata gergaji dengan bingkai
  8. Gergaji Besi
    1. Kegunaan : Untuk memotong rod besi dan PVC
    2. Saiz : Ditentukan oleh panjang
  9. Gerudi Tangan
    1. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis
    2. Mata gerudi pintal digunakan bersama gerudi tangan
  10. Mata Gerudi Pintal
    1. Kegunaan : Untuk membuat lubang
    2. Saiz : ditentukan oleh diameter
  11. Gerudi Engkol
    1. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kayu ,kepingan papan dan papan lapis
    2. Digunakan bersama dengan mata gerudi gerimit
  12. Gerimit
    1. Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut)
    2. Saiz : ditentukan oleh diameter
  13. Penebuk Pusat
    1. Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum kerja menggerudi
    2. Saiz :
  14. Pembenam Paku
    1. Kegunaan : Untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu
    2. Saiz :
  15. Tukul Kuku Kambing
    1. Kegunaan : Untuk mengetuk paku dan mencabut paku
    2. Saiz : Ditentukan oleh berat kepalanya
  16. Tukul Warington
    1. Kegunaan : Untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar
  17. Ragum Kakak Tua
    1. Kegunaan : Untuk mencabut paku
  18. Gandin Kayu
    1. Kegunaan : Untuk mengetuk hulu pahat atau menanggalkan cantuman papan projek
  19. Pahat rata / Pahat tepi serong
    1. Kegunaan : Untuk membuat parit dan lurah serta meratakan dasarnya.
    2. Saiz : Ditentukan oleh lebar matanya
  20. Kikir Parut
    1. Kegunaan : Untuk mengikir dan membentuk hujung kayu
  21. Apit G
    1. Kegunaan : Mengapit papan projek pada meja ketika kerja memotong dan menggerudi
    2. Saiz : terdapat dalam saiz seperti 1' dan 6"

MESIN GERUDI
  1. MESIN GERUDI LANTAI
    1. KegunaanMesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam
    1. Bahagian dan fungsinya
      1. Penutup = Melindungi tali sawat dan takal
      2. Suis = Menghidup dan mematikan motor
      3. Bindu = Memutar mata gerudi
      4. Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam
      5. Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi
      6. Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi
      7. Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu
      8. Motor = Memutar bindu
      9. Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu
      10. Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi
    2. Peraturan Keselamatan ketika menggerudi
      1. Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan pengawasan guru
      2. Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin
      3. Pakai pakaian yang sesuai
      4. Pakai gogal untuk melindungi mata
  2. MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK
    1. Kegunaan:
      1. Mengerudi lubang kayu atau kepingan logam
    2. Bahagian dan fungsinya
      1. Bindu = memegang dan memusingkan mata gerudi
      2. Suis = menghidup dan mematikan motor
      3. Pemegang = memegang dan mengendalikan mesin
      4. Kabel = menghantar arus elektrik
    3. Cara Menggunakannya
      1. Mengerudi secara menegak
      2. Menggerudi secara mendatar
        Menggerudi mendatar Menggerudi menegak

BAHAN PEMASANGAN

Keterangan Gambar
I Mata Gerudi Benam
II Pemutar Skru Biasa/Rata
III Pemutar Skru Philips
IV Gunakan saiz mata pemutar yang tepat dan sesuai

keterangan Gambar
V Menggerudi Engsel
VI Skru Alur Rata, Kepala Benam dan Kepala Bulat
VII Skru Philips



i. Paku Panel ii. Paku Kepala rata
  1. Paku
    1. Kegunaan : mencantum dua keping papan/kayu atau bahan lain kepada kayu
    2. Saiz : ditentukan panjang batangnya
    3. Jenis
      1. Paku Kepala Rata
        1. Kegunaan : untuk mencantumkan dua keping papan atau kayu
        2. Saiz ditentukan oleh : Panjang
        3. Apabila membeli paku nyatakan : jenis dan panjangnya
      2. Paku Panel
        1. Digunakan : untuk pembinaan perabot
        2. Mempunyai kepala benam
      3. Paku Payung
        1. digunakan untuk memaku papan lapis dan kepingan zink
    4. Kelebihan :
      Senang digunakan. Murah
    5. Keburukan
      Sukar ditanggalkan. Papan mudah pecah dan retak
  2. Skru
    1. Digunakan : untuk memegang dan merapatkan kepingan kayu dan engsel
    2. Jenis: Skru dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut alur dan jenis kepala
      1. Skru Alur Rata/Biasa
      2. Skru Alur Philips
      3. Skru Kepala Bulat
      4. Skru Kepala Benam
    3. Kebaikan skru :
      1. Boleh ditanggalkan semula dan boleh digunakan ke atas kayu yang keras
      2. Memberi cengkaman lebih kuat
  3. Glu PVA
    1. Digunakan : untuk melekatkan dua keping bahan secara kekal
    2. kebaikan skru : Boleh digunakan ke atas dua bahan yang berbeza. Contoh MDF dengan Papan Lapis

PEMBINAAN PROJEK
  1. Proses Mengukur
    Ukur panjang bahan Ukur lebar bahan
    Mengukur berdasarkan maklumat kertas projek
  2. Proses Menanda
    Menanda panjang Menanda lebar
    Menanda ukuran panjang, lebar dan tebal
  3. Proses Memotong

    Mengerat

    Memotong kayu dan bahan kepada ukuran yang dikehendaki. Memotong kayu dan bahan kepada beberapa bahagian
  4. Proses Membina dan Mencantum
    Membina tanggam dan mencantuk menggunakan bahan cantuman
    i. Tanggam Lekap Palang ii. Tanggam Lekap T iii.Tanggam Temu iv. Tanggam Temu
    1. Membuat tanggam
      • Pilih tanggam yang sesuai
      • Ikuti langkah-langkah yang betul
      • Setelah siap pasang dan uji ketepatan dan kekuatan tanggam
    2. Mengglu
      • Pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan
      • Pastikan bahagian-bahagian yang perlu telah dipasang
      • Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu hari semalam
    3. Memaku
      • Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan pendek
    4. Menskru
      • Jika papan atau kayu tebal hendaklah ditebuk lubang dengan gerudi terlebih dahulu
      • Jika papan nipis hendaklah dibuat lubang pandu dengan menggunakan senggerek , gerimit atau alat lain yang sesuai

KEMASAN PROJEK

I = Cat Licau II. Tepung Penyumbat III. Syelek IV. Cat Semburan V. Spirit
  1. Bahan kemasan
    1. Tepung Penyumbat
      1. Kegunaan : untuk menyumbat liang-liang kayu
      2. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
      3. Cara menggunakannya : boleh dicairkan dengan menggunakan air dan turpentine
    2. Cat Alas
      1. Kegunaan : untuk menjadikan permukaan kayu lebih licin dan menjadi alas sebelum menggunakan cat licau
      2. Kelebihan : Menjadikan cat licau lebih menarik warnanya dan lebih rata sapuannya
      3. Cara menggunakannya : disapu atas permukaan kayu sebelum menyapukan dengan cat licau
    3. Cat Licau
      1. Kegunaan : untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu disamping mencantikkan kayu dengan warna terpilih
      2. Kelebihan :
        • Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang menarik
        • Memberi ketahanan dan perlindungan kepada kayu
      3. Cara menggunakannya : Dilarutkan dengan turpentine dan di sapu dengan berus
    4. Cat semburan
      1. Kegunaan : untuk mengecat permukaan logam
      2. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
      3. Cara menggunakannya : goncangkan bekas cat. Semburkan dengan cara menggerakkan semburan secara berulang-ulang
    5. Syelek
      1. Kegunaan : untuk mecantikkan kayu dan melindungi permukaan kayu
      2. Kelebihan : kos murah dan cepat kering
      3. Cara menggunakannya : larutkan syelek dengan pelarutnya (spirit methil) dan sapukan ke atas permukaan kayu mengikut arah urat kayu
    6. Tona kayu
      1. Kegunaan : untuk mencantikkan kayu dan menyamakan warna ke atas produk yang dibuat daripada pelbagai jenis kayu
      2. Kelebihan :
        • Mudah digunakan
        • Cepat kering
        • Masih kelihatan urat kayu
        • Setiap bahagian mempunyai warna yang sama
    7. Lekar
      1. Kegunaan : mencantikan permukaan kayu dan melindungi permukaan kayu
      2. Kelebihan : tahan haba dan tahan calar
      3. Cara menggunakannya : dilarutkan dengan 'thinner' . Disapu terus atas permukaan kayu atau atau lapisan syelek
    8. Pelekat (Fomika dan stiker)
      1. Kegunaan : Untuk menutup permukaan kayu dengan corak yang cantik dan menarik
      2. Kelebihan : memudahkan kerja pengemasan dan menutup kecacatan permukaan kayu
      3. Cara menggunakannya : Disapukan glu dan diseterika di atasnya
  2. Bahan Pelarut
    1. Spirit Methil
      1. Kegunaan : untuk melarutkan syelek dan membersihkan berus syelek
    2. Turpentine
      1. Kegunaan : untuk mencairkan cat licau dan membersihkan berus cat
    3. Thinner
      1. Kegunaan : untuk mencairkan lekar dan membersihkan berus lekar
  3. Alatan kemasan
    1. Kerta Las
      1. Kegunaan : untuk melicinkan permukaan kayu
      2. Cara menggunakannya : digunakan dengan bungkah kayu lalu digosokkan mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran kasar (3,2,1) dan disudahi dengan gred kekasaran yang halus (0, 00)
    2. Pengikis
      1. Kegunaan : untuk mengikis kotoran atau lebihan tepung penyumbat.
      2. Cara menggunakannya : Gerakkan hujung mata pengikir mengikut arah urat kayu
    3. Berus Syelek
      1. Kegunaan : untuk menyapu syelek dan lekar
      2. Cara menggunakannya : bersihkan berus dengan pelarut yang sesuai dan sapu syelek ikut arah urat kayu. Setelah selesai bersihkan semula dengan pelarutnya (contoh spirit methil) dan diikuti dengan air sabun dan keringkan.
    4. Berus Cat
      1. Kegunaan : untuk menyapu cat licau dan cat alas
      2. Cara menggunakannya : cuci berus dengan pelarut dan sapukan berus ke satu arah mengikut arah urat kayu
      Penjagaan berus
      • Berus yang selesai digunakan hendaklah di cuci dengan pelarus yang sesuai
      • berus syelek dicuci dengan spirit methil, berus cat dicuci dengan turpentine dan berus lekar dicuci dengan thinner.
      • Berus yang telah dicuci hendaklah digantung dalam tin atau peti untuk menggantung berus
      • Jangan mencampur-adukkan penggunaan berus.

1 comment:

  1. Cikgu, saya pelajar tingkatan 2. Bolehkah cikgu letakkan '5 Kebaikan Menggunakan Kertas las yang dibalut pada bongkah kayu'. Saya hanya dapat 3 kebaikan sahaja. Boleh tolong?

    ReplyDelete