Wednesday, June 15, 2016

PERWATAKAN WATAK UTAMA: Jendela Menghadap Jalan

BERDASARKAN SEBUAH NOVEL YANG ANDA KAJI, HURAIKAN PERWATAKAN WATAK UTAMA YANG DIPAPARKAN OLEH PENGARANG.
(Contoh Jawapan)
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan.  Watak utama dalam novel ini ialah Lili, seorang gadis berusia 17 tahun yang diminta oleh ibunya untuk bercuti di kampung datuknya di Terengganu. Watak utama merupakan seorang yang pendiam.(<–perwatakan).  Lili lebih banyak mendiamkan diri ketika dalam perjalanan pulang ke kampung datuknya dan lebih banyak mendengar Geetha berbicara.  Nenek Lili juga mengakui bahawa dia seorang yang pendiam.(<–bukti)
Watak utama juga seorang yang prihatin.(<–perwatakan).  Lili mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh keluarga Che Jah yang terpaksa berdepan dengan masalah sosial anak-anaknya iaitu Haziq dan Rafiq. Sikap prihatin ini membuatkan Lili ingin membantu Che Jah menyelesaikan kemelut keluarga yang dihadapi olehnya walaupun Lili masih muda.(<– Bukti)

Selain itu, watak utama juga seorang yang pemaaf.(<– perwatakan)  Walaupun Lili telah disakiti, diculik oleh anak Che Jah dan dibawa lari ke dalam hutan sebagai tebusan, Lili tidak berdendam sebaliknya dia memaafkan perbuatan dua beradik itu.  Lili sendiri berjumpa dengan Che Jah dan menjelaskan keadaan yang telah dihadapinya tanpa sebarang rasa marah kerana dia merasakan anak-anak Che Jah layak mendapat peluang untuk berubah.(<–Bukti)

Selamat mengulangkaji:)

22 comments:

  1. Ini sangat membantu untuk contoh menjawab soalan

    ReplyDelete
  2. sangat berguna lagi2 pukul 7:30 am stgi ada exam bm k2 T.T

    ReplyDelete
  3. Terima kasih saya Guna nak tulis peperiksaan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Ini Amat berguna

    ReplyDelete
  5. bro this sht lit asfffff. imma get a for my exams and make my momma proud

    ReplyDelete