Persoalan- persoalan yang terdapat dalam Novel
Novel Songket Berbenang Emas(Khairuddin Ayip)
Bil
|
Persoalan
|
Contoh
|
1
|
Kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
|
Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam
nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu
ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk
menerima rawatan.
|
2
|
Kemiskinan dalam masyarakat kampung
|
Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung
yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin
dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan
harian.
|
3
|
Berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
|
Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba
membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang
|
4
|
Keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
|
Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini
dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu
berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila
ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.
|
5
|
Bantu membantu dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh orang lain
|
Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan
memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan
semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal
Dahlia dan keluarganya.
|
6
|
Kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
|
Embong amat mementingkan pelajaran dan sering
menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh. Embong mengharapkan anak-anaknya dapat
mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.
|
7
|
Pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat
|
Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi
jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah
rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk
menganiaya orang lain.
|
8
|
Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
|
Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya
sebagai ketua kampung dengan baik.
Haji Sulaiman banyak membantu keluarga Embong walaupun orang kampung
menyisihkan mereka. Haji Sulaiman
mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
|
9
|
Semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
|
Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering
menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim
membenarkan Embong berhutang di kedainya.
Tauke Lim juga menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan
pelajaran ke Jepun.
|
10
|
Pengekalan identiti bangsa dan jati diri
|
Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang
emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia
agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu
|
Selamat mengulangkaji (^_^)
No comments:
Post a Comment