Wednesday, May 4, 2011

TINGKATAN 1:DOKUMEN PERNIAGAAN



DOKUMEN PERNIAGAAN
  1. Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan
  2. Dokumen perniagaan ialah keterangan atau cacatan bertulis yang sah tentang urus perniagaan yang telah dijalankan
  3. Kepentingan Dokumen Perniagaan
    1. Mengandungi maklumat tentang jual beli seperti tarikh, butiran barangan atau perkhidmatan, kuantiti dan harga
    2. Menjadi bukti bahawa perniagaan itu telah dijalankan
    3. Mengandungi pengesahan penerimaan dan pengeluaran barangan dan perkhidmatan
    4. Menjadi rujukan semasa membuat akaun perniagaan
  4. Kepentingan Menyimpan Dokumen
    1. Memudahkan mencari dan membuat rujukan
    2. Lebih terjamin keselamatan dokumen
  5. Cara Menyimpan Dokumen
    1. Dokumen boleh disimpan secara manual dan elektronik
    2. Penyimpanan secara manual disimpan dalam fail dan buku rekod
    3. Penyimpanan secara elektronik disimpan dalam disket atau cakera keras
  6. Jenis-Jenis Dokumen
    1. Jenis-jenis dokumen yang digunakan terbahagi dalam 3 proses
      Sebelum
      Jual beli
      Semasa
      Jual beli
      Selepas
      Jual beli
      1. Surat tanya
      2. Katalog
      3. Sebut harga
      4. Senarai harga
      5. Borang Pesanan
      1. Nota serahan
      2. Invois
      3. Nota debit
      4. Nota Kredit
      1. Penyata akaun
      2. Resit
      3. Bil Tunai
    2. Surat Tanya
      Surat yang dikirimkan oleh pembeli kepada pembekal/peniaga
      Surat yang bertanyakan maklumat yang lebih lanjut mengenai barangan yang ingin dibeli
      • Perkara-perkara dalam surat tanya
        1. Jenis barang dan kuantiti barang yang ingin dibeli
        2. Harga barangan dan syarat pembayaran
        3. Syarat serahan dan pembayaran
        4. Tarikh serahan
    3. Katalog
      Bahan bercetak dalam bentuk buku atau helaian pamplet/browser
      • Perkara-perkara dalam katalog
        1. Gambar barangan dalam warna
        2. Nombor rujukan atau kod barangan
    4. Sebut Harga
      Surat yang dikirimkan kepada membeli yang menyatakan butiran barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
      • Perkara-perkara penting dalam sebut harga
        1. Jenis barangan
        2. Jenama barangan
        3. Harga barang
        4. Kadar diskaun niaga dan diskaun tunai
        5. Syarat serahan dan syarat pembayaran
    5. Senarai hargaSurat yang dikirimkan kepada pembeli yang menyatakan butiran baranga dan harga yang ditawarkan
    6. Borang pesananDokumen yang mengandungi maklumat baarang dan harga barangan yang akan dibeli
    7. Nota serahanDokumen yang mengandungi senarai barangan dan kuantiti barang yang diserahkan
    8. InvoisDokumen yang menyatakan senaran barang kuantiti dan harga serta jumlah bayaran bagi barangan yang telah diserahkan
    9. Nota DebitDokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan yang terdapat dalam invois
    10. Nota kreditDokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli telah dikenakan bayaran lebih daripada yang sepatutnya
    11. Penyata akaunDokumen yang dikeluarkan setiap hujung bulan atau suatu tempoh tertentu yang mennyatakan senarai urusniaga dan pembayaran yang telah dibuat.
    12. ResitDokumen yang mengandungi maklumat pembayaran dan menjadi bukti penting bahawa pembayaran telah dibuat
    13. Bil TunaiSenarai barangan ,kuantiti , harga dan jumlah pembayaran yang dibuat secara tunai
  7. Maklumat Penting Dalam Dokumen
    1. Mengenal pasti maklumat penting
    2. Kegunaan dokumen bagi menyediakan akaun
Contoh-contoh dokumen...
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU
CONTOH-CONTOH DOKUMEN
Surat tanya
SYARIKAT JAYA ELEKTRIK ENTERPRISE
455, Jln Sentosa 2, Bandar baru Sepang
21020 Sepang, Selangor
Ruj : 223/08

Syarikat Pembekal Elektronik Putra Jaya
21000 Putrajaya
10 Jan 2008
Tuan,

Per: senarai harga komponen elektronik 2008

Berhubung perkara di atas pihak kami ingin mendapatkan senarai harga komponen elektronik daripada syarikat tuan untuk rujukan kami. Kami amat berbesar hati jika pihak dapat menghantarkan dengan segera kepada kami

Sekian, terima kasih,

Yang benar,
....................................
(Ahmad Ali b. Sulaiman )
Pengurus pemasaran


Katalog
Senarai harga
SYARIKAT PEMBEKAL ELEKTRONIK PUTRA JAYA
21000 Putra Jaya
Ruj : 223/08
SENRAI HARGA

No Kod Item Kuantiti Harga
TR 0100 Transistor NPN 1 RM01.00
RE 0070 Perintang 70 ohm 1 RM0.20
LE 0100 Diod pemancar cahaya 1 RM0.50







Diskaun harga 10%
Syarat bayaran 5% - 30 hari
Angkutan di bayar oleh pembekal

* Senarai harga sah sehingga Dis 2008

Sekian, terima kasih,

Borang Pesanan
SYARIKAT JAYA ELEKTRIK ENTERPRISE
455, Jln Sentosa 2, Bandar baru Sepang
21020 Sepang, Selangor
Nombor pesanan : 223/08

Kepada:
Syarikat Pembekal Elektronik Putra Jaya
21000 Putrajaya
20 Jan 2008
Tuan,

Sila bekalkan kepada kami pesanan berikut:
No. Kod Item Kuantiti harga Seunit Jumlah
TR 0100 Transistor NPN 100 RM1.00 RM100.00
RE 0070 Perintang 70 ohm 100 RM0.20 RM020.00
JUMLAH RM120.00


Sekian, terima kasih,

Yang benar,
....................................
(Ahmad Ali b. Sulaiman )
Pengurus pemasaran


Nota serahan
Syarikat Pembekal Elektronik Putra Jaya
21000 Putrajaya
Nombor pesanan : 223/08

Kepada:
SYARIKAT JAYA ELEKTRIK ENTERPRISE
455, Jln Sentosa 2, Bandar baru Sepang
21020 Sepang, Selangor
2 Feb 2008
Tuan,

Harap pihak tuan menerima barangan berikut dalam keadaan baik.
No. Kod Item Kuantiti harga Seunit
TR 0100 Transistor NPN 100 RM1.00
RE 0070 Perintang 70 ohm 100 RM0.20


Sekian, terima kasih,

Yang benar,
....................................
(Suhardi b. Hassan )
Pengurus Jualan


Invois
Syarikat Pembekal Elektronik Putra Jaya
21000 Putrajaya

INVOIS
Rujukan pesanan : 223/08

Kepada:
SYARIKAT JAYA ELEKTRIK ENTERPRISE
455, Jln Sentosa 2, Bandar baru Sepang
21020 Sepang, Selangor
2 Feb 2008

No. Kod Item Kuantiti harga Seunit Jumlah
TR 0100 Transistor NPN 100 RM1.00 RM100.00
RE 0070 Perintang 70 ohm 100 RM0.20 RM020.00
Jumlah bersih
RM120.00




Penerima Dikeluarkan oleh :


Nota debit
Nota kredit
Penyata akaun
Resit
Bil Tunai

5 comments:

  1. Surat tanya itu dikirimkan oleh peniaga kepada pembekal atau dikirimkan oleh PEMBELI?

    ReplyDelete
  2. Dihantar oleh pembeli kepada peniaga ataupun dihantar oleh pembekal kepada peniaga .

    ReplyDelete
  3. cikgu cne nk save gmbr tu ye? sye ade folio KHB ni

    ReplyDelete
  4. Mmmmm tidak banyak information

    😞

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete