Fikir dan
Kata
Kurang fikir, kurang
siasat,
Tentu dirimu kelak
tersesat.
Fikir
dahulu sebelum berkata,
Supaya
terelak silang sengketa.
Perkataan tajam jika
dilepas,
Ibarat beringin,
racun dan upas.
Kalau
mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.
Silang
Sengketa
Siapa menggemari
silang sengketa,
Kelaknya pasti
berdukacita.
Silang
selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.
Ilmu
Jikalau ilmu tiada
sempurna,
Tiada berapa ia
berguna,
Ilmu
kepandaian oleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
Dunia
Pergaulan
Dunia ini taman
pergaulan,
Hendaklah pilih
sahabat dan taulan.
Manusia
dikenal sifat budinya,
Dengan
dilihat siapa kawannya.
Burung yang sama
corak dan bulu,
Selalu
sekumpul ke hilir ke hulu.
Sifat-sifat
yang Baik
Jikalau kamu
bersifat budiman,
Dipandang sebagai
bunga di taman.
Jikalau
kamu bersifat dermawan,
Segala
orang dapat kau tawan.
Jikalau kamu
bersifat pemurah,
Segala
manusia datang menyerah.
Perbuatan
yang Baik
Barang siapa berbuat
jasa,
Mulia namanya
segenap masa.
Menolong
sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Sifat-sifat
yang Jahat
Telunjuk lurus
kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi
pahit.
Barang
siapa berbuat khianat,
Tuhan
kelak memberi laknat.
Latihan.
1. Huraikan maksud
rangkap kedua gurindam di atas. (2m)
2. Pada pendapat
anda, apakah akibatnya jika seseorang itu bersikap seperti telunjuk
lurus kelengkeng berkait dalam menjalinkan persahabatan? KBAT (3 m)
3. Kemukakan dua
persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. (4 m)
Selamat menjawab...:)
Boleh bagi jawapan tak?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletenak jawapan pleassss..
ReplyDelete