Sunday, January 24, 2016

SPM 3(e) :Peribahasa

Mahir SPM 3(e)

Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang berikut.

1. Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya.

    Seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.(Contoh Jawapan)


2. Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan mudah sekiranya dilakukan bersama-sama. 
________________________________________________________________________
 
3. Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak kecil. 
    ____________________________________________________________________

4. Jika rakyat bersatu hati, negara akan menjadi kuat dan berlaku sebaliknya jika rakyat berpecah belah. 
    ____________________________________________________________________

5. Usaha untuk membendung gejala lumba haram itu menemukan kegagalan kerana usaha itu tidak dijalankan dengan bersungguh-sungguh. 
    ____________________________________________________________________

6. Kita hendaklah menghargai masa kerana masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. 
    ____________________________________________________________________

Selamat mencuba...:)

No comments:

Post a Comment