Sunday, January 24, 2016

SPM 3(d): Kesalahan istilah dan tatabahasa

Mahir SPM 3(d)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu tidak memberikan kebenaran pada mereka.
2. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat surat daripada pihak polis.
3. Oleh kerana tilam itu lembap, penolong rumah saya telah menjemurnya.
4. Minyak masak yang berbau hapak itu telah ayah buang.
5. Jika sekiranya saudara tidak faham akan perkara ini, silalah berkata kepada saya sekarang.
6.  Tidak saja di negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara sepenuhnya tidak dilakukan.

Contoh jawapan. 


No.
Kesalahan Istilah
Kesalahan Tatabahasa
1.
penjaga pengawal
pada kepada
2.


3.


4.


5.


6.


No comments:

Post a Comment