NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
(Sumber Bahagian Pembangunan Kurikulum)
Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya,
bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah
Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti
ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
Bab Dua.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke
perhentian bas ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian
tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk
neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk
membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan.
Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam,
Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama.
Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang
diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal
sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk
mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut
kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk
tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang
Rashid untuk pulang.
Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan
begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di
bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan
urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan
masyarakat kampung.
Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela
dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban
akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional.
Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah
pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit.
Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya
berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan
Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung
bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang
putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau
wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk
dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan
menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka
selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila
berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan
terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya
begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan
setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan
penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan
ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili
supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya
yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat
penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah
lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu
keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang
selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah
dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman
kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali
berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar
negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa
segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan
tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak
datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana
William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai
pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan
membina rumah sewa.
Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah
datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung
berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada
ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid..
Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding
membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu
juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding
dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi
sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk,
walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan
tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua
bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya
lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah
secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai
pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan
tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang
diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat
menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat
menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata
datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William,
malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang
sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William
pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah
penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk
sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang
hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan
berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman
dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan
kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah
mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek
membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk
dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan
ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin
keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta
Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan
soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup
ibu yang Lili tidak ketahui.
Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara
penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah
surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak.
Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung
ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama
ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana
bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek
itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang
tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak
seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor
ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana
keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua
melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara
haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut.
Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan
keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu
datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.
Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang
itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu
bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk
berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai
sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu,
tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya,
datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan
fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan
di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon
kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi
memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama
Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang
Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan
itu tidak berjawab.
Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha
menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk
bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada
ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan
sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk
pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan
keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit
dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India
yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur
sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan
kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan
akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum
pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi
mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya
datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua
buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari
bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan.
Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu
diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa
seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel
yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha
sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji
kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah
nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya
pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam
perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa
orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di
rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut
oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan
datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel
berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang
Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di
Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di
eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman
sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini
telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut
kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi,
malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula
boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak,
ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk
berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur
tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting
di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan
untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan
menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas,
Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran
makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman
berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga
memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh
sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan
Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka
singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang
untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas
seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel
mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang
berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki
dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering
menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana
senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik
sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua
anak lelaki Che Jah.
Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang
berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan
malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel
tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan
tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang
pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya
terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri,
juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut
kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya.
Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.
Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan
Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja
berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik.
Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok
tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan
hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang
diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan
menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk
mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq
dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua
pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran
untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor
keselamatan.
Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan
Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang
daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah
untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan
bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah,
Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah
menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut
cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang
pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan
guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal
sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili
tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara
ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup
datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah
hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang
hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung
memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela
sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau
dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang
bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya,
tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak
serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak
puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah
mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.
Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili
ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas
jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau
akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan
hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah
masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga
dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah
masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada
di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek
menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan
sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan
seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak
sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita
kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau
ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan
harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga
barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos
perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah
menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan
dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan
gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili
memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu
diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro
pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya.
Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member
tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu,
seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga
mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung
terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu
memperjuangkannya.
Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil
memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya
untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana
sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera
ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja
sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang.
Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang
pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya
berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah
menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang
berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang
berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi
dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada
suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering
pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit
baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili
mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan
pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan
Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup
bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan
Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah
tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil
kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk
memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk
menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan
di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur
dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi
saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili
bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid
dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau
untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan
anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha
untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan
ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah
mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu
dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga
berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok
vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi
datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu
keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk
untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara.
Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut
lunas undang-undang.
Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat
ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan
oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili
menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang
tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah,
penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua
penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan
badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan
mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala
hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel,
biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin
membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk
ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari,
membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang
telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah
biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke
pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis,
tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan
Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah
berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq
diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk
mendapatkan rawatan.
Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua
orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung
menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang
terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk
terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan
urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan
kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah
penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas
dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan
mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.
Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki
bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan
pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan
Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala
Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya,
Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela
menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan
hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela
menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah
zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan
datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala
Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR
pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan
kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang
jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang
pisang.
TEMA
- Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.
- Masalah keganasan rumah tanggayang berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya Berjaya diselamatkan.
- Masalah masa depan perubatan tradisional.Datuk yang sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan luar tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Bertambah parah apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.
- Masalah buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau tersebut.
- Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampong yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.
PERSOALAN
- Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
- Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.
- Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.
- Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.
PLOT
Permulaan
- Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
- Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
- Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.
Perkembangan
- Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
- Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
- Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
- Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
- Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
- Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.
- Danel sering menulis artikel tentang pisang.
Lili
diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel.
Konflik
- Konflik dengan diri sendiri
- Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.
- Konflik dengan orang lain
- Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
- Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
- Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.
Klimaks / Puncak
- Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.
Peleraian
- Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
- Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
- Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
- Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
- Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
- Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
- Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
- Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
- Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
- Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Lili
- Lepasan sekolah menengah
- Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya
- Berpura-pura menjaga hari ibunya
- Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
- Akur cakap orang tua
- Suka berkawan dan peramah
- Menjadi teman baik Geetha
- Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
- Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
- Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.
Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
- Pakar Akar Kayu Dan Ubat Tradisional
- Jadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
- Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
- Ajar Lili Ilmu Kegamaan
- Menguji Lili Dengan Ilmu Agama
- Saying Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
- Berjaya Mengislamkan William
- Dahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
- Berumur 70tahun
- Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
- Rajin Membaca Kitab
- Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
- Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan\
- Pandai Mengurut (Menngurut Danel)
Danel
- Anak William
- Jelaskan Isu Pembinaan Kubah Surau
- Jelaskan Kebaikan Rawatan Mden
- Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
- Percaya Perubatan Moden
- Akrab Dengan Datuk
- Menulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
- Sering Membantu Nenek Memasak
- Memasak Menggunakan Pisang
- Bantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.
Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
- Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
- Isteri Kepada Datuk
- Percaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
- Bakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
- Suka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
- Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.
Geetha
- Kenalan Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu
- Siswa Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
- Anak Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan.
- Menjadi Akrab Dengan Lili.
- Seorang Yang Tepati Janji.
Abang Rashid
- Sering Membantu Datuk Dan Nenek
- Mengambil Lili Di Perhentian Bas Untuk Membawa Pulang Sewaktu Lili Pulang Ke Kampung.
- Kutip Buah Dari Kebun Datuk
- Belum Berkahwin
Ibu Lili
- Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
- Tanam Herba Pembuka Selera Makan
- Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
- Gemar Belajar Silat.
- Belajar Di Luar Negara
- Menjawat Jawatan Penting.
Rafiq Dan Haziq
- Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.
- Menduduki Pmr
- Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
- Memulas Tangan Lili Dan Menculik Lili
- Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
- Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.
Seman
- Suami Che Jah
- Kaki judi, berhutang dan minum arak
- Melarikan kubah surau
- Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
- Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
- Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.
Latar
Latar Tempat
- Dungun
- Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
- Daerah asal ibu Lili
- Pekan Sejahtera
- Tempat Tinggal Geetha
- Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
- Pekan Sentosa
- Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
- Bendang
- Tempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung
- Masjid
- Tempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
- Tempat Datuk Bersolat Berjemaah
- Rumah Datuk
- Rekabentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
- Tempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
- Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak
- Tempat Danel berurut dengan datuk
- Kedai Runcit Letchumi
- Tempat Nenek Membawa Lili Berbelanja
- Tempat Lili Bertemu Geetha
- Tempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.
- Kedai Runcit Ah Kwan
- Tempat Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
- Terletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.
- Balai Raya
- Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.
- Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau
Latar Masa
- Maghrib
- Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.
- Pagi
- Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.
- Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.
Latar Masyarakat
- Latar Masyarakat Yang Bermasalah Istitusi Kekeluargaan
- Suami Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.
- Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
- Nenek Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun Melalui Jendela.
- Latar Masyarakat Yang Prihatin
- Lili Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
- Lili Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.
- Lili Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.
- Danel Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
- Latar masyarakat yang buruk sangka.
- Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
- Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.
- Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan
Teknik Penulisan
Pemerian
- Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
- Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
- Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi.
Dialog
- Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
- Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
- Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
- Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.
Monolog
- Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
- Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.
Imbas Kembali
- Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu kegamaan.
Saspens
- Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.
Nilai
Nilai Jati Diri
- Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.
Nilai Tanggungjawab
- Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.
Nilai Prihatin
- Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
- Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.
Nilai baik hati
- Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
- Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
Nilai kasih sayang
- Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
- Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.
Pengajaran
- Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kita supaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.
- Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
- Kita hendaklah hidup dalam harmonisupaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.
- Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusawarah supaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
- Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga supaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.
Selamat membaca:)
Nilai kebenaran tak de ke?
ReplyDelete