Saturday, January 9, 2016

Panduan Menulis Rumusan

Pendahuluan
·       Menulis pendahuluan dalam dua baris ayat sahaja.
·       Perlu menukar arahan soalan dengan menggunakan perkataan yang bersinonim(sama maksud) dengan kata atau frasa tersebut.
     Contoh:
        (a) Faktor     : sebab, punca, perkara yang mempengaruhi (SPP)
        (b) Kesan     : implikasi, akibat, kebaikan, keburukan, impak (ImpAk Baik Buruk)
        (c) Langkah  :
cara, usaha, kaedah, inisiatif, tindakan (CUKIT)
        (d) Ciri          : sifat, bentuk (SB)
        (e) Masalah  : cabaran, halangan, kekangan (CHK)
        (f)Tujuan      : matlamat, objektif (MOb) 
        (g) Fungsi     : peranan

# Singkatan bagi memudahkan pelajar mengingati sinonim di atas boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing.
       
Isi-isi tersurat
·        Mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat di dalam petikan seperti mana arahan atau kata kunci pertama dalam soalan.
·        Isi-isi tersurat boleh dikenal pasti dengan menandakan atau menggariskan ataupun membuat blok menggunakan pen berwarna.
·        Pelajar digalakkan menulis isi tersurat dengan menyusun mengikut tertib dengan menggunakan ayat yang gramatis dan lengkap.
·        Gabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu dan sebagainya. Ia boleh menjimatkan bilangan patah perkataan yang ditulis.
·       Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.

#Pelajar boleh menyalin semula ayat sama ada mengikut baris ataupun menyalin sebahagian ayat di dalam petikan tetapi pelajar dilarang menyalin bulat-bulat daripada petikan.


Isi-isi Tersirat
·       Bina isi-isi tersirat berdasarkan arahan atau kata kunci kedua dalam soalan.
·       Isi tersirat merupakan isi yang tidak terdapat di dalam petikan yang diberi.
·       Pelajar boleh mengemukakan dua, tiga atau empat isi tersirat tetapi sekurang-kurangnya dua isi tersirat.
·       Olahan ayat dengan menggunakan ayat sendiri amat digalakkan dengan syarat ayat tersebut hendaklah gramatis dan lengkap.
·       Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu dan sebagainya.
·       Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.


Penutup (Kesimpulan)
·       Ayat penutup perlu ditulis dengan menggabungkan dua bahagian iaitu:
          a) Ayat berbentuk cadangan (perlu)
          b) Ayat berbentuk harapan (agar)



Selamat maju jaya:)



No comments:

Post a Comment