Sinopsis
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya.Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya.Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban abahnya.Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
bersambung...
Selamat membaca:)
No comments:
Post a Comment