Saturday, January 16, 2016

Sinopsis Bab 1&2 Novel Songket Berbenang Emas

Sinopsis 

 

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti 

           Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap. Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik.Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh 

            Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”. Sewaktu sampai di rumahnya,Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
                                                                                                            bersambung...

Selamat membaca:)


No comments:

Post a Comment