MAKSUD
FIKIR DAN KATA
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa manusia yang kurang berfikir
dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat mengatasi masalah yang dihadapinya.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa manusia mestilah berfikiran
matang sebelum bercakap apa- apa supaya dapat mengelakkan sebarang perselisihan
faham waima persengketaan.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa manusia yang suka marah akan
orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan hati akan melukakan perasaan orang
lain.
RANGKAP 4
Penulis berkata bahawa manusia seseorang yang kasar
dalam pertuturan akan menyebabkan dirinya ditimpa pelbagai masalah.
SILANG DAN SENGKETA
RANGKAP 5
Penulis berkata bahawa manusia yang suka bergaduh
dan berselisihan faham akan hidup dalam kesedihan.
RANGKAP 6
Penulis menasihati kita agar tidak sengaja mencari
pergaduhan dengan orang lain dan setiap perselisihan faham harus diselesaikan,
bukannya dielakkan.
ILMU
RANGKAP 7
Penulis berkata bahawa ilmu mesti dikuasai dengan
sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik tidak dapat memanfaatkan
kita.
RANGKAP 8
Penulis berkata bahawa ilmu pengetahuan dalam diri
seseorang harus ditimba dengan kesungguhan dan kerajinan asalkan kita memiliki
kemahuan yang tinggi.
DUNIA PERGAULAN
RANGKAP 9
Penulis berkata bahawa kehidupan di dunia ini
menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan sebaya.
RANGKAP 10
Penulis berkata bahawa seseorang manusia dapat
dikenali melalui budi bahasanya dan melalui pergaulannya.
RANGKAP 11
Penulis berkata bahawa sekumpulan kawan yang baik
biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti kehidupan dan sentiasa
bersama di mana-mana sahaja.
SIFAT-SIFAT YANG BAIK
RANGKAP 12
Penulis berkata bahawa seseorang yang berbudi
bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli masyarakat.
RANGKAP 13
Penulis berkata bahawa seseorang yang murah hati
dan suka menderma akan mendapat perhatian daripada masyarakat.
RANGKAP 14
Penulis berkata bahawa seseorang yang bersifat
pemurah akan mudah mendapat kawan dan menjadi tempat untuk meminta bantuan.
PERBUATAN YANG BAIK
RANGKAP 15
Penulis berkata bahawa seseorang yang banyak
berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang orang pada bila-bila masa.
RANGKAP 16
Penulis berkata bahawa kita haruslah membantu diri
sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain.
SIFAT-SIFAT YANG JAHAT
RANGKAP 17
Penulis berkata bahawa kita mestilah berhati-hati
terhadap manusia yang nampak baik tetapi berhati busuk.
RANGKAP 18
Penulis berkata bahawa seseorang yang mengkhianati
orang lain akan mendapat balasan Tuhan pada kemudian hari.
TEMA DAN PERSOALAN
Tema gurindam ini ialah pelbagai amalan dan nilai
murni yang dapat kita teladani dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian
kerana setiap manusia memiliki sifat yang berbeza. Oleh sebab itu, kita
haruslah berhati-hati dalam pergaulan dan menjauhi sifat yang negatif.
Persoalan
(a) Kepentingan menimba ilmu demi masa depan.
Sikap rajin berusaha mencari ilmu akan membolehkan kita memperoleh ilmu dan
kemahiran yang diingini.
(b) Menjauhi persengketaan.
Hidup orang yang suka bersengketa tidak akan bahagia. Oleh itu, persengketaan
hendaklah dijauhi dan perlu diselesaikan jika ia berlaku.
(c) Penjagaan tutur kata demi maruah diri.
Sebelum seseorang
berkata-kata, dia hendaklah berfikir dahulu supaya tidak membuat kesilapan.
Kata-kata yang tidak elok akan menyakitkan hati orang yang mendengarnya,
malahan dapat menimbulkan perselisihan faham dan masalah yang lain.
(d) Kepentingan menjaga adab dan memilih rakan
sebaya.
Dalam menjaga adab pergaulan, kita hendaklah memilih orang yang baik untuk
dijadikan sahabat. Kriteria sahabat yang dicari itu dapat dikenal pasti melalui
budi bahasa dan latar pergaulannya.
(h) Sifat budi bahasa penting dalam kehidupan.
Orang yang berbuat jasa akan dihormati dan dikenang
namanya oleh orang lain selama-lamanya. Namun begitu, sebelum berbuat jasa
kepada orang lain, kita haruslah membuat pertimbangan yang sewajarnya.
NILAI
1)Nilai kerajinan. Sikap rajin belajar untuk menambah pengetahuan kita
membuat penilaian yang wajar.
2)Nilai hemah tinggi. Sifat beradab dalam pergaulan disenangi oleh
rakan-rakan dan dapat mengelakkan perselisihan. Selain itu, berbudi bahasa,
baik dan pemurah perlu diamalkan. Orang yang berhemah tinggi akan sentiasa
dihormati.
3)Nilai bantu-membantu. Amalan bantu-membantu dalam kalangan masyarakat
adalah satu kemestian dan perlu diamalkan.
PENGAJARAN
1)Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan budi pekerti dalam pergaulan.
2)Kita hendaklah rajin belajar dan menuntut ilmu supaya bermanfaat untuk
diri sendiri.
3)Kita hendaklah bijak memilih sahabat.
4)Kita hendaklah bersikap pemurah dan dermawan.
5)Kita hendaklah bersikap jujur dalam persahabatan.
6)Janganlah kita suka bersengketa.
Selamat maju jaya:)
Tq so much
ReplyDeleteTerima kasih...banyk2
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteTiga golongan yang wajar Kita berikan bantuan kewangan?
ReplyDeletethankyouuu !!!
ReplyDelete