Wednesday, January 20, 2016

Sinopsis Bab 9&10 Novel Songket Berbenang Emas

Sinopsis


Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa 
           Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 . 

Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri ! 
             Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja .Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.  
                                                                                                
                                                                                                bersambung...

Selamat membaca:)

No comments:

Post a Comment