RANGKAP 1
Penulis menangis sewaktu sujud di atas kain sejadah sambil membaca
ayat-ayat suci dalam sembahyang yang didirikannya. Pada waktu itu, dia yang
khusyuk bersembahyang dikuasai rasa insaf yang sudah lama terpendam mula terbit
di dalam hati. Hal ini terjadi demikian kerana penulis teringat akan dosa-dosa
yang pernah dilakukannya sejak dahulu.
RANGKAP 2
Dengan penuh keinsafan di dalam hati, penulis tetap bersyukur kerana dia
mendapat peluang hidup yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Yang Maha
Berkuasa. Penulis juga sedar bahawa hidupnya semakin terbatas dan terhad kerana
usianya semakin lanjut. Oleh hal yang demikian, penulis berharap agar Tuhan mengampunkannya
sebelum dia menemui ajal pada waktu yang ditetapkan oleh-Nya.
RANGKAP 3
Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang, penulis mengalirkan air mata
keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada-Nya. Dalam kesepian dan
kesunyian diri pada usia tua itu, penulis juga meluahkan rasa insaf dan
taubatnya kepada Tuhan melalui doa yang dipanjatkannya dalam sembahyang yang
didirikan. Pada masa yang sama, penulis berasa sebak atas segala-galanya yang
terjadi kerana banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum ini.
RANGKAP 4
Penulis berasa bahawa perasaannya sedih sekali dan jiwanya terkesan oleh
perasaan insaf yang makin galak menguasai sanubarinya. Oleh sebab itu, dia
terus memanjatkan doa di atas tikar sembahyang yang sudah lama digunakannya.
Penulis meminta maaf dengan bersungguh-sungguh daripada Tuhan yang Maha
Berkuasa agar mendapat keampunan demi meneruskan sisa-sisa hidupnya yang tidal
lama lagi akan menemui Pencipta.
RANGKAP 5
Penulis berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar dia menjadi manusia yang
taat akan didikan agama. Selain itu, penulis juga berjanji akan mengikut segala
perintah Tuhan yang Maha Berkuasa. Hal ini penting agar dia tidak akan lupa
untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara waktu sahaja.
TEMA DAN PERSOALAN
Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama. Hal ini
dapat dibuktikan oleh penyajak yang berasa insaf ketika mendekatkan diri kepada
Tuhan. Apabila mengabdikan diri kepada Tuhan, dia berharap agar dosa-dosanya
dapat diampunkan sebelum dia meninggal dunia.
Persoalan
(a) Ketaatan kepada Tuhan.
Penyajak ikhlas dan taat menunaikan solat kerana sedar bahawa
dunia ini tidak akan kekal
selama-lamanya.
selama-lamanya.
(b) Keinsafan dan keazaman untuk menjadi insan yang lebih baik.
Penyajak
bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Tuhan kerana insaf akan
dosa-dosanya yang terdahulu. Dia berazam untuk menjadi insan yang lebih baik selagi ada
hayatnya.
dosa-dosanya yang terdahulu. Dia berazam untuk menjadi insan yang lebih baik selagi ada
hayatnya.
(c) Kepentingan didikan agama
(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.
(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.
NILAI MURNI
1) Nilai keinsafan: Penyajak insaf atas kesalahan yang pernah
dilakukannya.
2) Nilai ketaatan kepada Tuhan: Penyajak taat akan Tuhan dengan
melaksanakan ibadah yang
diperintahkan.
diperintahkan.
3) Nilai keimanan: Penyajak percaya kepada Tuhan dan memohon
keampunan daripadaNya atas
dosa-dosaNya.
dosa-dosaNya.
4) Nilai kesungguhan: Penyajak bersungguh-sungguh meminta keampunan
daripada Tuhan dan
berdoa agar dia sentiasa taat akan perintahNya.
berdoa agar dia sentiasa taat akan perintahNya.
PENGAJARAN
1) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
2) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan
yang Maha Esa.
3) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup
yang dikurniakan
kepada kita.
kepada kita.
4) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan
penuh ketakwaan.
penuh ketakwaan.
5) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal
kemudian hari.
Selamat maju jaya:)
time kasih cikgu inzinkan saye guna yer
ReplyDelete