Thursday, January 7, 2016

Kertas 2 : Tatabahasa

Format SPM Kertas 2

Kertas 2 mengandungi 4 soalan:-

Soalan 3 Berdasarkan Tatabahasa.

Soalan bahagian 3 (A)   ( Tatabahasa- Morfologi atau Kajian Kata) (6 Markah)
•       Pelajar diminta membina ayat daripada perkataan atau frasa diberikan.
•       Terdapat enam perkataan atau frasa disenaraikan dan pelajar perlu membina ayat.
•        Pelajar tidak dibenarkan menambah imbuhan pada perkataan yang diberikan.

Soalan Bahagian 3B ( Sintaksis) ( 6 Markah )
•      Pelajar dikehendaki menguasai aspek sintaksis (kajian ayat) contoh :-

                 i) ayat tunggal dan ayat majmuk.
                ii) Jenis ayat – ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
               iii) Ragam ayat – ayat aktif dan ayat pasif.
               iv) Menukar ayat cakap ajuk ke cakap pindah  dan sebaliknya.
                v) Menganalis pola ayat.

Soalan Bahagian 3C : Mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan. ( 6 Markah )
•      Soalan bahagian ini memerlukan pelajar mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan     
       imbuhan.
•      Pelajar diminta mengesan dan membetulkan 3 kesalahan ejaan dan 3 kesalahan imbuhan.

Soalan Bahagian 3D : Mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan 
                                      tatabahasa. ( 6 markah)
•      Soalan bahagian ini meminta pelajar mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga 
       kesalahan tatabahasa.
•      Pelajar akan diberi tiga ayat yang mengandungi satu kesalahan istilah dan satu kesalahan 
       tatabahasa.

Soalan Bahagian 3 (E )  Peribahasa ( 6 Markah )
•      Soalan ini menguji kemahiran peribahasa ( terdiri daripada perumpamaan, bidalan, pepatah, 
       simpulan bahasa, perbilangan, lidah pendita, kata-kata hikmat) pelajar.
•      Soalan mungkin meminta pelajar mengisi tempat kosong dengan mengaitkan peribahasa yang 
       sesuai dengan petikan.
•      Pelajar mungkin juga diminta mengisi tempat kosong dengan atau dialog dengan peribahasa 
       yang sesuai.
•      Pelajar juga mungkin diminta membina ayat menggunakan peribahasa  yang diberikan.



Selamat maju jaya:)

No comments:

Post a Comment