Sinopsis
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang KeraDahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian,Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja. Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia.Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia.Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan.Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi.Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
bersambung...
Selamat membaca:)
No comments:
Post a Comment