Friday, January 22, 2016

Sinopsis Bab 11&12 Novel Songket Berbenang Emas

Sinopsis


Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak 
              Embong marah akan Abu Bakar,anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim.Tibatiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar,anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
              Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
                                                                                                            bersambung...

Selamat membaca:)

 

No comments:

Post a Comment