TEMA
Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.- Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya.
- Kehidupan Dahlia semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka.Namun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut.
- Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di sungai berhampiran rumahnya.
- Dahlia juga tabah melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia kerana keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain yang hidup senang.
- Dahlia tetap tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin menjual tanah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini.
- Dahlia juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di pusat pemindahan banjir.
- Berkat ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
Selamat membaca:)
No comments:
Post a Comment