Saturday, January 2, 2016

BM

Assalamualaikum wbt.. Salam sejahtera..

Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk bernafas, bererti kita diberikan peluang untuk bertaubat dan menambahkan amal. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah SWT.

Alhamdulillah menganjak tahun baru, maka amanah yang dipertanggungjawabkan juga baru. Tahun baru yang amat mencabar dan akan mengajar subjek Bahasa Melayu tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM 2016. Insyaallah dengan pengalaman seciput yang ada semoga dapat membantu meningkatkan pencapaian dan potensi para pelajar.

Selamat maju jaya juga kepada para pelajar yang bakal menghadapi SPM 2016. Semoga urusan kita yang mendatang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Selamat bertugas! Moga hati ikhlas kerana Allah :)

No comments:

Post a Comment