Sinopsis
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak,Dahlia asyik berfikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah.Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang.Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya. Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan.Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang.Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan.Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Embong megimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-nak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya.Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya.Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
bersambung...
Selamat membaca:)
No comments:
Post a Comment