Saturday, January 9, 2016

Antologi Sejadah Rindu: CERPEN

Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rashid Ahmad)

Pengenalan
Cerpen pertama dalam antologi 'Sejadah Rindu' ini ditulis oleh Zainal Rashid bin Ahmad, 48, pengurus besar kanan stesen televisyen al-Hijrah. Judul cerpen yang digunakan menarik perhatian pembaca tentang apakah atau siapakah cinta sebenar pemuda bernama Ahmad Mutawakkil itu.

Tema
Kegigihan seorang pemuda yang menghadapi cabaran dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Sinopsis
Ahmad Mutawakkil merupakan anak angkat Imam Ngah Deraman setelah kematian bapanya Wak Sadir, menghembuskan nafas terakhir di surau dalam ribaan ayah angkatnya itu. Dia membayar harga perjuangannya menentang penjajah Inggeris dan juga komunis. Peristiwa itu terjadi pada bulan Ogos tahun 1953. Sebelum kedatangan Jepun, Ahmad Mutawakkil menumpang banglo Tuan Booth, serta berpeluang belajar membaca dan menulis daripada Sandra, anak tuan punya estet getah itu. Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil menjadi penyampai maklumat terkini kepada orang kampung. Dua tahun kemudian, Ahmad Mutawakkil menjadi pemimpin muda parti Pekembar daerah, pimpinan Dato' Onn Jaafar. Walaupun berjuang menentang penjajahan Inggeris, Ahmad Mutawakkil tetap rapat dengan keluarga Tuan Booth kerana baginya budi dan hati orang Melayu yang penuh persahabatan. Kesibukan Ahmad Mutawakkil di bandar sebagai pemimpin nombor dua daerah dan juga sebagai wartawan menyebabkan Sandra yang menaruh hati itu kelihatan kecewa. Apabila darurat bermula, Ahmad Mutawakkil menyampaikan pidato antikomunis walaupun cuba ditegah oleh Penghulu Ibrahim Sigap yang bimbang akan keselamatannya. Sehingga keesokan pagi Jumaat, Ahmad Mutawakkil tidak muncul-muncul sehinggalah pada waktu Maghrib dengan kecederaan parah kesan tembakan jarak dekat tali barut komunis. Walaupun Ahmad Mutawakkil tidak sempat meraikan kemerdekaan tanah air, semangat nasionalis muda itu terus menjadi kenangan orang kampung dan keluarga Tuan Booth. Cinta misteri Sandra hampir terbongkar, tetapi cinta Ahmad Mutawakkil terhadap negara jelas terserlah.


Latihan
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

          Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami.
Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.
Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki berkulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal kerana kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing kepada kami.
Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu itu sudah menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke perkarangan estet Tuan Booth.
“Eloklah... paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri .” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.
Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat- rezeki dan ibadat.
                                                    (Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh 
                                                     Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5)

(i)  Apakah bentuk perubahan yang berlaku di kampung itu dengan kehadiran 
      Tuan Booth dan pekerja estet keturunan India?   (2 m)

(ii)  Pada pendapat anda, mengapakah kawasan kebun getah , estet pekerja, dan 
       banglo Tuan Booth begitu asing kepada penduduk kampung tersebut?  (3 m)

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan 
       satu latar masyarakat lain dalam cerpen tersebut yang tidak terdapat 
       dalam petikan. (4 m)

Selamat menjawab...:)

 
 

16 comments:

  1. can u post something with more info !!!!1

    ReplyDelete
  2. I want more , with maksud and ect.

    ReplyDelete
  3. Cikgu boleh post untuk bentuk sejadah rindu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila rujuk http://mrasyain2.blogspot.my/2016/01/sajak-sejadah-rindu-mohd-haikal.html

      Delete
  4. Tqvm cikgu..mntk izin guna bahan ye

    ReplyDelete
  5. menarik..blh sye gunakan untuk rjukan sye

    ReplyDelete
  6. Maklumat yg lain x de ke? Mcm perwatakan, latar dan lain2 ?

    ReplyDelete
  7. Kenapa orang melayu tak boleh masuk kebun getah ?

    ReplyDelete
  8. Kenapa orang melayu tak boleh masuk kebun getah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb british mse tu dah asingkan tiga suku ni melayu tinggal dkt kampung bela ayam bertani cina tinggal dkt bandar kerja dorang melombong bijoh timah dan india tinggal di estet kerja dia toreh getah

      Delete
  9. cikgu tak ada jawapan sekali ke?

    ReplyDelete
  10. mohon izin guna bahan...terima kasih

    ReplyDelete